dcsimg

Trogonoptera brookiana ( Malay )

provided by wikipedia MS

Kupu-kupu Rajah Brooke (Trogonoptera brookiana) ialah sejenis kupu-kupu hitam hijau yang berasal dari hutan hujan di Semenanjung Melayu, Borneo, Natuna,Sumatera, dan kebanyakan pulau kecil yang terletak di barat Sumatera (Banyak,Simeulue, Batu dan Mentawai).[1][2] Kupu-kupu ini dinamai oleh ahli alamiah, Alfred R. Wallace pada tahun 1855, sempena James Brooke, Rajah Sarawak.[2] Lebar kepaknya ialah 15–17 cm (5.9–6.7 in).[3]

 src=
Jantan di atas, betina di bawah

Kepak kupu-kupu jantan banyak berwarna hitam. Setiap kepak depan ada tujuh tompok hijau elektrik yang berbentuk gigi, manakala pada kepak belakang ada tompok hijau yang besar. Kepalanya merah menyilau dan tubuhnya hitam dengan tompok merah. Kepak kupu-kupu betina pula lebih keperangan dengan tanda putih yang menonjol di hujung kepak depan serta tapak kepak belakang.[3] Kedua-dua jantina menyerupai saudaranya yang lebih terhad taburannya, iaitu Trogonoptera trojana, tetapi kupu-kupu Rajah Brooke yang jantan lebih hijau kepak belakangnya. Beluncasnya makan daun-daun Aristolochia acuminata and A. foveolata.[3] Yang dewasa pula menghidup nektar dari bunga-bunga seperti Bauhinia.[2]

Kupu-kupu Rajah Brooke merupakan spesies yang terlindung dan tersenarai dalam Apendiks II CITES,[3][4] iaitu pemerdagangan antarabangsanya adalah tersekat.

Kupu-kupu Rajah Brooke merupakan kupu-kupu kebangsaan Malaysia.[5]

Rujukan

  1. ^ The World of Birdwing Butterflies. Trogonoptera brookiana. Accessed 20 May 2012
  2. ^ a b c ARKiveRajah Brooke’s birdwing. Accessed 20 May 2012
  3. ^ a b c d Butterfly Corner.Trogonoptera brookiana (Raja Brooke's Birdwing). Accessed 20 May 2012
  4. ^ CITES (3 April 2012)Appendices. Accessed
  5. ^ of Malaysia. Accessed 20 May 2012

Templat:Papilionidae-stub

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Trogonoptera brookiana
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Trogonoptera brookiana: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Kupu-kupu Rajah Brooke (Trogonoptera brookiana) ialah sejenis kupu-kupu hitam hijau yang berasal dari hutan hujan di Semenanjung Melayu, Borneo, Natuna,Sumatera, dan kebanyakan pulau kecil yang terletak di barat Sumatera (Banyak,Simeulue, Batu dan Mentawai). Kupu-kupu ini dinamai oleh ahli alamiah, Alfred R. Wallace pada tahun 1855, sempena James Brooke, Rajah Sarawak. Lebar kepaknya ialah 15–17 cm (5.9–6.7 in).

 src= Jantan di atas, betina di bawah

Kepak kupu-kupu jantan banyak berwarna hitam. Setiap kepak depan ada tujuh tompok hijau elektrik yang berbentuk gigi, manakala pada kepak belakang ada tompok hijau yang besar. Kepalanya merah menyilau dan tubuhnya hitam dengan tompok merah. Kepak kupu-kupu betina pula lebih keperangan dengan tanda putih yang menonjol di hujung kepak depan serta tapak kepak belakang. Kedua-dua jantina menyerupai saudaranya yang lebih terhad taburannya, iaitu Trogonoptera trojana, tetapi kupu-kupu Rajah Brooke yang jantan lebih hijau kepak belakangnya. Beluncasnya makan daun-daun Aristolochia acuminata and A. foveolata. Yang dewasa pula menghidup nektar dari bunga-bunga seperti Bauhinia.

Kupu-kupu Rajah Brooke merupakan spesies yang terlindung dan tersenarai dalam Apendiks II CITES, iaitu pemerdagangan antarabangsanya adalah tersekat.

Kupu-kupu Rajah Brooke merupakan kupu-kupu kebangsaan Malaysia.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS