dcsimg

Jakal am ( Malay )

provided by wikipedia MS

Jakal am (Canis aureus aureus), juga dikenali sebagai jakal Parsi[2] atau jakal Turkestan ialah satu subspesies jakal keemasan yang asli di Asia Tengah, di Afghanistan, di India barat laut, di Iran, di Iraq, di Semenanjung Tanah Arab, dan di Pakistan. Ia merupakan subspesies besar dengan bulu pucat dan lembut dengan kebanyakan tona kepasiran.[3]

Perihal fizik

Warna am bulu lapis luar biasanya hitam dan putih, sementara bulu lapis bawah berubah-ubah daripada perang pucat hingga sabak pucat-kelabu. Kadang-kadang, tengkuk dan bahu berwarna kuning pucat. Telinga dan tungkai hadapan berwarna kuning pucat, kadang-kadang sawo matang, sementara kaki adalah pucat. Tungkai belakang lebih berwarna pekat di atas keting. Dagu dan tekak hadapannya biasanya keputih-putihan. Berat berubah-ubah secara geografi, berjulat antara 18–22 lb (8.2–10.0 kg). Di kawasan yang bersempadan dengan wilayah jakal India yang lebih besar dan lebih kaya warna (terutamanya di Kumaun), haiwan bersaiz dan berwarna sederhana kadang-kadang hadir.[2] Jakal Parsi di Alborz terkenal kerana kelembutan peltnya, yang biasanya kasar pada varian geografi lain bagi spesies ini.[4]

Rujukan

  1. ^ Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  2. ^ a b Fauna of British India: Mammals Volume 2 oleh R. I. Pocock, printed by Taylor and Francis, 1941
  3. ^ Mammals of the Soviet Union Jil. II Bahagian 1a, SIRENIA AND CARNIVORA (Sea cows; Wolves and Bears), V.G Heptner dan N.P Naumov penyunting, Science Publishers, Inc. Amerika Syarikat. 1998. ISBN 1-886106-81-9
  4. ^ Fur: a practical treatise oleh Max Bachrach, edisi ke-3, diterbitkan oleh New York: Prentice-Hall, 1953
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Jakal am: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS

Jakal am (Canis aureus aureus), juga dikenali sebagai jakal Parsi atau jakal Turkestan ialah satu subspesies jakal keemasan yang asli di Asia Tengah, di Afghanistan, di India barat laut, di Iran, di Iraq, di Semenanjung Tanah Arab, dan di Pakistan. Ia merupakan subspesies besar dengan bulu pucat dan lembut dengan kebanyakan tona kepasiran.

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS