Singa Afrika Tengah (Panthera leo leo)[3] merupakan sebuah populasi singa di Afrika Tengah.[4] Di bahagian Afrika yang ini, singa terdapat di Cameroon, Republik Afrika Tengah, Chad dan Republik Demokratik Congo, tetapi pupus setempat di Gabon dan Republik Congo.
Hasil kajian filogeografi mendapati bahawa populasi singa di negara-negara taburan utara Afrika Tengah berkait rapat genetik dengan singa-singa di Afrika Utara dan Barat, dan India, sedangkan populasi di taburan selatan rantau yang sama pula dekat dengan singa-singa Afrika Selatan dan Timur.[5] Pada 2017, Pasukan Petugas Pengelasan Kucing IUCN menggolongkan populasi singa kepada dua, iaitu P. l. leo dan P. l. melanochaita.
Nama-nama singa Congo dan singa Congo Timur Laut dahulu memaksudkan sebuah populasi di bahagian utara RD Congo.[6]
Singa Afrika Tengah (Panthera leo leo) merupakan sebuah populasi singa di Afrika Tengah. Di bahagian Afrika yang ini, singa terdapat di Cameroon, Republik Afrika Tengah, Chad dan Republik Demokratik Congo, tetapi pupus setempat di Gabon dan Republik Congo.
Hasil kajian filogeografi mendapati bahawa populasi singa di negara-negara taburan utara Afrika Tengah berkait rapat genetik dengan singa-singa di Afrika Utara dan Barat, dan India, sedangkan populasi di taburan selatan rantau yang sama pula dekat dengan singa-singa Afrika Selatan dan Timur. Pada 2017, Pasukan Petugas Pengelasan Kucing IUCN menggolongkan populasi singa kepada dua, iaitu P. l. leo dan P. l. melanochaita.
Nama-nama singa Congo dan singa Congo Timur Laut dahulu memaksudkan sebuah populasi di bahagian utara RD Congo.