dcsimg

Buah mencepu ( малајски )

добавил wikipedia MS

Buah mencepu (spesies "Garcinia prainiana")[2] ialah sejenis buah-buahan tempatan yang kurang dikenali oleh generasi sekarang mungkin kerana rasanya yang masam menyebabkan buah ini terpinggir dari buah-buhan tempatan yang lain. Ada sesetengah tempat memanggilnya dengan gelaran lain seperti di sebelah Pantai Timur buah ini dikenali dengan gelaran buah cuppu , manakala bagi sebelah utara pula buah ini dikenali dengan nama buah ceropu dan ada juga yang memanggil buah ini buah mencupu.

Saiz dan bentuknya

Buah ini bulat seperti buah tomato dan saiznya juga berbeza-beza mengikut kesuburan pokoknya. Kebiasaanya saiz buah ini seperti saiz buah tomato sahaja. Buah yang telah masak mempunyai saiz kira-kira (30mm - 50mm) sahaja.

Warna dan isinya

Buah ini ketika masak akan bewarna oren manakala jika masih muda ianya bewarna hijau. Kulitnya sangat nipis dan lembik serta melekat dengan isinya. Isinya juga bewarna oren sama seperti kulitnya serta isinya bergetah. Kulitnya boleh dikupas dengan tangan sahaja dan isinya mempunyai pangsa kecil sama seperti buah manggis. Buah ini mempunyai biji kira-kira (5mm-8mm). Rasa buah ini agak masam sedikit dan kadangkala rasa kelat akibat getah buah ini tadi.


Rujukan

Pautan luar

лиценца
cc-by-sa-3.0
авторски права
Pengarang dan editor Wikipedia
изворно
посети извор
соработничко мреж. место
wikipedia MS

Buah mencepu: Brief Summary ( малајски )

добавил wikipedia MS

Buah mencepu (spesies "Garcinia prainiana") ialah sejenis buah-buahan tempatan yang kurang dikenali oleh generasi sekarang mungkin kerana rasanya yang masam menyebabkan buah ini terpinggir dari buah-buhan tempatan yang lain. Ada sesetengah tempat memanggilnya dengan gelaran lain seperti di sebelah Pantai Timur buah ini dikenali dengan gelaran buah cuppu , manakala bagi sebelah utara pula buah ini dikenali dengan nama buah ceropu dan ada juga yang memanggil buah ini buah mencupu.

лиценца
cc-by-sa-3.0
авторски права
Pengarang dan editor Wikipedia
изворно
посети извор
соработничко мреж. место
wikipedia MS