dcsimg
Слика од Bradyrhizobium japonicum
Life » » Bacteria

Протеобактерии

Proteobacteria

Proteobacteria ( малајски )

добавил wikipedia MS

Filum Proteobacteria ialah sebuah filum utama bakteria. Ia terdiri daripada pelbagai jenis patogen seperti Escherichia, Salmonella, Vibrio, Helicobacter, dan juga banyak genera terkenal yang lain.[1] Selain daripada itu, ahli filum ini ada juga yang hidup secara bebas dan ini termasuk pelbagai bakteria yang memainkan peranan didalam pengikatan nitrogen. Filum ini definisikan berdasarkan jujukan rRNA RNA ribosom dan dinamakan sempena tuhan Yunani kuno, Proteus (juga nama salah satu dari genus didalam filum ini). Menurut hikayat Yunani kuno, Proteus boleh merubah-rubah bentuk badannya dan ini dikaitkan dengan terdapatnya banyak jenis morfologi bakteria yang termasuk didalam filum ini. [2]

Kesemua ahli filum Proteobacteria adalah Gram-negatif, dan mempunyai membran sel luaran yang terdiri dari lipopolisakarida. Ada yang bergerak menggunakan flagella, manakala sesetengah spesis tidak mempunyai mekanisma pergerakan aktif (non-motile) dan bergantung kepada pergerakan meluncur. Contoh bakteria yang menggunakan pergerakan meluncur adalah myxobacteria, suatu kumpulan bakteria yang unik yang boleh bergabung untuk membentuk struktur pembiakan pelbagai-sel (multicellular fruiting bodies). Terdapat pelbagai jenis metabolisma didalam filum Proteobacteria. Kebanyakkan ahli filum ini adalah fakultatif anaerobik atau fakultatif obligat anaerobik dan heterotrofik, tetapi terdapat juga banyak pengecualian. Sesetengah genera yang tidak berkait rapat didalam filum ini mampu menjalani fotosintesis dan digelar bakteria ungu (purple bacteria), merujuk kepada pigmennya yang merah kemerahan.

Cavalier-Smith telah mendalilkan bahawa Proteobacteria adalah sebahagian daripada clade bakteria Gracilicutes.

Seksyen/Kelas

Proteobacteria terbahagi kepada lima seksyen yang dinamakan dengan abjad Yunani, alpha hingga epsilon, berdasarkan jujukan rRNA . Seksyen-seksyen ini juga dianggap sebagai kelas-kelas didalam filum ini. Sebelum ini, pernah diusulkan bahawa Gammaproteobacteria adalah paraphyletic kepada Betaproteobacteria, data molekular terkini menunjukkan ia adalah tidak benar.

Alphaproteobacteria

Alphaproteobacteria terdiri dari hampir kesemua genera fototrofik didalam filum ini dan juga beberapa genera yang menjalani metabolisma kompaun C1 (cth. Methylobacterium spp.), simbion tumbuhan (cth. Rhizobium spp.) dan haiwan, dan satu kumpulan patogen, Rickettsiaceae. mitokondrion didalam sel eukaryotik dikatakan berasal dari Rickettsia spp. (Lihat endosymbiotic theory).

Betaproteobacteria

Betaproteobacteria terdiri dari beberapa kumpulan bakteria aerobik atau fakultatif aerobik yang biasanya mempunyai keupayaan degradasi serba boleh, tetapi juga genera kemolitotrofik (cth. genus pengoksidaan amonia Nitrosomonas) dan juga beberapa genera fototrofik (Rhodocyclus dan Rubrivivax). Betaproteobacteria memainkan peranan yang penting didalam pengikatan nitrogen didalam pelbagai jenis tumbuhan dengan mengoksidakan ammonium kepada nitrite yang diperlukan oleh tumbuhan. Banyak spesis kelas ini boleh ditemui didalam sampel persekitaran seperti air kumbahan atau tanah. Spesis patogenik didalam kelas ini adalah Neisseriaceae (gonorrhea dan meningitis) dan spesis dari genus Burkholderia.

Gammaproteobacteria

Vibrio cholerae

Gammaproteobacteria terdiri dari beberapa kumpulan bakteria yang penting dari segi kesihatan dan sains seperti Enterobacteriaceae, Vibrionaceae dan Pseudomonadaceae. Beberapa patogen yang terkenal termasuk didalam kelas ini seperti Salmonella spp. (enteritis dan demam kepialu), Yersinia pestis (plague), Vibrio cholerae (kolera), Pseudomonas aeruginosa (jangkitan paru-paru dikalangan pesakit hospital atau pengidap cystic fibrosis ), dan Escherichia coli (keracunan makanan).

Deltaproteobacteria

Deltaproteobacteria kebanyakkannya terdiri dari genera aerobik, genera yang membentuk struktur pembiakan pelbagai-sel (fruiting-body) Myxobacteria, dan juga genera obligat anaerobik yang terdiri dari hampir kesemua bakteria penurunan sulfate (Desulfovibrio, Desulfobacter, Desulfococcus, Desulfonema, dsbg.) dan bakteria penurunan sulfur (cth. Desulfuromonas spp.) bersama beberapa bakteria anaerobik yang lain yang mempunyai fisiologi berlainan seperti (bakteria penurunan besi Geobacter spp. dan bakteria syntrofik Pelobacter dan Syntrophus spp.).

Epsilonproteobacteria

Helicobacter pylori Helicobacter pylori

Epsilonproteobacteria hanya terdiri dari beberapa genera iaitu bakteria berbentuk melengkung dan berbentuk lingkaran seperti Wolinella spp., Helicobacter spp., dan Campylobacter spp. Kebanyakkan spesis yang dikenali hidup didalam saliran usus haiwan dan berperanan sebagai simbion (Wolinella spp. didalam lembu) atau patogen (Helicobacter spp. didalam perut, Campylobacter spp. didalam duodenum). Epsilonproteobacteria juga telah dikesan menggunakan teknik biologi molekular dari habitat lohong hidrotermal dan rembesan sejuk.


Rujukan

  1. ^ Madigan M; Martinko J (editors). (2005). Brock Biology of Microorganisms (edisi 11th ed.). Prentice Hall. ISBN 0131443291.Selenggaraan CS1: Extra text (link)
  2. ^ "Proteobacteria". Discover Life: Tree of Life. Dicapai 2007-02-09.

Pautan luar

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Proteobacteria
лиценца
cc-by-sa-3.0
авторски права
Pengarang dan editor Wikipedia
изворно
посети извор
соработничко мреж. место
wikipedia MS

Proteobacteria: Brief Summary ( малајски )

добавил wikipedia MS

Filum Proteobacteria ialah sebuah filum utama bakteria. Ia terdiri daripada pelbagai jenis patogen seperti Escherichia, Salmonella, Vibrio, Helicobacter, dan juga banyak genera terkenal yang lain. Selain daripada itu, ahli filum ini ada juga yang hidup secara bebas dan ini termasuk pelbagai bakteria yang memainkan peranan didalam pengikatan nitrogen. Filum ini definisikan berdasarkan jujukan rRNA RNA ribosom dan dinamakan sempena tuhan Yunani kuno, Proteus (juga nama salah satu dari genus didalam filum ini). Menurut hikayat Yunani kuno, Proteus boleh merubah-rubah bentuk badannya dan ini dikaitkan dengan terdapatnya banyak jenis morfologi bakteria yang termasuk didalam filum ini.

Kesemua ahli filum Proteobacteria adalah Gram-negatif, dan mempunyai membran sel luaran yang terdiri dari lipopolisakarida. Ada yang bergerak menggunakan flagella, manakala sesetengah spesis tidak mempunyai mekanisma pergerakan aktif (non-motile) dan bergantung kepada pergerakan meluncur. Contoh bakteria yang menggunakan pergerakan meluncur adalah myxobacteria, suatu kumpulan bakteria yang unik yang boleh bergabung untuk membentuk struktur pembiakan pelbagai-sel (multicellular fruiting bodies). Terdapat pelbagai jenis metabolisma didalam filum Proteobacteria. Kebanyakkan ahli filum ini adalah fakultatif anaerobik atau fakultatif obligat anaerobik dan heterotrofik, tetapi terdapat juga banyak pengecualian. Sesetengah genera yang tidak berkait rapat didalam filum ini mampu menjalani fotosintesis dan digelar bakteria ungu (purple bacteria), merujuk kepada pigmennya yang merah kemerahan.

Cavalier-Smith telah mendalilkan bahawa Proteobacteria adalah sebahagian daripada clade bakteria Gracilicutes.

лиценца
cc-by-sa-3.0
авторски права
Pengarang dan editor Wikipedia
изворно
посети извор
соработничко мреж. место
wikipedia MS