Ikan Todak Nipis, Ablennes hians, ahli tunggal genus Ablennes, merupakan ikan air masin dalam keluarga Belonidae. Ikan Todak Nipis dianggap ikan sukan, sering kali ditangkap menggunakan sumber cahaya buatan,[1] tetapi sering kali tidak dimakan kerana warna isinya yang hijau.[2]
Nama saintifik ikan ini diberikan oleh Valenciennes pada tahun 1846.
Gambaran
Sungguhpun ia tiada tulang pada sirip, ia memiliki beberapa tulang rawan lembut. Terdapat antara 23-26 batang pada sirip dorsal dan 24-28 pada sirip dubur.[3] Ia memiliki 86-93 tulang belakang.[3] Pada bahagian belakang, ikan todak bewarna kebiruan, putih pada bahagian perut, dengan tompokan gelap dan belang menegak pada bahagian tengah badan.[4] Ikan todak memiliki badan memanjang, dangan sirip pektoral berbentuk sabit, dan sirip dubur.[3] Ia turut memiliki tompok gelap pada bahagian posterior di sirip dorsalnya.[3] Ikan todak terpanjang direkod berukuran sepanjang 140 sm,[5] Ukuran bagi panjang badan ikan todak tidak termasuk sirip kaudal dan kepala kerana muncung ikan todak yang panjang sering kali patah.[3] Ikan todak paling berat direkodkan adalah seberat 4.8kg.[5]
Taburan dan habitat
Ikan todak terdapat di seluruh dunia di kawasan laut tropika dan sederhana.[3] Di Atlantik Timur, ia diketahui terdapat di Tanjung Verde dan Dakar sehingga jajahan Namibe, Moçamedes di Angola.[6] Di Atlantik Barat, ia diketahui berada di selatan Teluk Chesapeake sehingga ke Brazil.[7] Ia terdapat di sepanjang Lautan India,[3] dan di barat Pasifik dari selatan kepulauan Jepun sehingga ke Australia[8] dan Tuvalu.[9]
Ikan todak biasanya tinggal di air laut neritik berhampiran pulau,[10] muara,[11] dan berdekatan sungai tepi pantai[12] di mana ia memakan ikan yang lebih kecil[1] dan kadangkala berkumpul dalam kawanan besar ikan.[2]
Pembiakan
Ikan todak bertelur yang mana telurnya melekatkan dirinya pada serpihan terapung melalui filamen pada permukaan setiap telur.[13] Hanya gonad kiri pada kedua-dua jantina berkembang, gonad kanan kadangkala tiada sepenuhnya.[14]
Rujukan
-
^ a b Collette, B.B. 1995 "Belonidae. Agujones, maraos". p. 919-926. In W. Fischer, F. Krupp, W. Schneider, C. Sommer, K.E. Carpenter and V. Niem (eds.) Guia FAO para Identification de Especies para lo Fines de la Pesca. Pacifico Centro-Oriental. 3 Vols. FAO, Rome.
-
^ a b Cervigón, F., R. Cipriani, W. Fischer, L. Garibaldi, M. Hendrickx, A.J. Lemus, R. Márquez, J.M. Poutiers, G. Robaina and B. Rodriguez 1992 Fichas FAO de identificación de especies para los fines de la pesca. Guía de campo de las especies comerciales marinas y de aquas salobres de la costa septentrional de Sur América. FAO, Rome. 513 p. Preparado con el financiamento de la Comisión de Comunidades Europeas y de NORAD.
-
^ a b c d e f g Ablennes hians. FishBase. Ed. Ranier Froese dan Daniel Pauly. Versi 02 2009. N.p.: FishBase, 2009.
-
^ Collette, B.B. 1986 Belonidae p. 385-387. In M.M. Smith and P.C. Heemstra (eds.) Smiths' sea fishes. Springer-Verlag, Berlin.
-
^ a b IGFA 2001 Database of IGFA angling records until 2001. IGFA, Fort Lauderdale, USA.
-
^ Collette, B.B. and N.V. Parin 1990 Belonidae. p. 592-597. In J.C. Quero, J.C. Hureau, C. Karrer, A. Post and L. Saldanha (eds.) Check-list of the fishes of the eastern tropical Atlantic (CLOFETA). JNICT, Lisbon; SEI, Paris; and UNESCO, Paris. Vol. 2.
-
^ Robins, C.R. and G.C. Ray 1986 A field guide to Atlantic coast fishes of North America. Houghton Mifflin Company, Boston, U.S.A. 354 p.
-
^ Collette, B.B. 1999 Belonidae. Needlefishes. p. 2151-2161. In: K.E. Carpenter and V.H. Niem (eds.) FAO species identification guide for fishery purposes. The living marine resources of the Western Central Pacific. Volume 4. Bony fishes part 2 (Mugilidae to Carangidae). FAO, Rome.
-
^ Chapman, L.B. and P. Cusack 1990 South Pacific Commission Deep Sea Fisheries Development Project Report on Second Visit to Tuvalu 30 August - 7 December 1983. South Pacific Commission, Noumea, New Caledonia.
-
^ Fischer, W., I. Sousa, C. Silva, A. de Freitas, J.M. Poutiers, W. Schneider, T.C. Borges, J.P. Feral and A. Massinga 1990 Fichas FAO de identificaçao de espécies para actividades de pesca. Guia de campo das espécies comerciais marinhas e de águas salobras de Moçambique. Publicaçao preparada em collaboraçao com o Instituto de Investigaçao Pesquiera de Moçambique, com financiamento do Projecto PNUD/FAO MOZ/86/030 e de NORAD. Roma, FAO. 1990. 424 p.
-
^ Claro, R. 1994 Características generales de la ictiofauna. p. 55-70. In R. Claro (ed.) Ecología de los peces marinos de Cuba. Instituto de Oceanología Academia de Ciencias de Cuba and Centro de Investigaciones de Quintana Roo.
-
^ Pandaré, D., S. Niang, H. Diadhiou and B. Capdeville 1997 Ichtyofauna of Casamance: reproduction and distribution according to the salinity gradient. Bull. Inst. Fondam. Afr. Noire ( A. Sci. Nat) 49(1):167-190.
-
^ Breder, C.M. and D.E. Rosen 1966 Modes of reproduction in fishes. T.F.H. Publications, Neptune City, New Jersey. 941 p.
-
^ Smith, C.L. 1997National Audubon Society field guide to tropical marine fishes of the Caribbean, the Gulf of Mexico, Florida, the Bahamas, and Bermuda. Alfred A. Knopf, Inc., New York. 720 p.
Pautan luar