Kakaktua Filipina atau Kakaktua Dubur Merah (Cacatua haematuropygia) adalah satu spesies burung kakaktua terancam yang berasal dari Filipina. Saiz dan bentuknya menyamai Corella Tanimbar, tetapi boleh dibezakan oleh bulu berwarna merah di sekeliling duburnya.
Warna bulunya hampir keseluruhannya berwarna putih dengan warna merah di sekeliling dubur, warna kekuningan di bawah ekor dan kuning pucat di bawah sayap. Saiznya sepanjang 12 inci dan rentang sayap 8.6 inci.
Kakaktua ini lebih senyap berbanding spesies kakaktua yang lain seperti kakaktua Payung atau kakaktua Maluku.
Kakaktua Filipina dahulunya banyak didapati di kepulauan besar dan kecil di Filipina termasuk utara dan selatan Luzon.[2] Pada awal tahun 1990-an, populasi di habitat liar dianggarkan sebanyak 1000-4000 ekor, bagaimanapun pada tahun 2008 jumlahnya berkurangan kepada kurang daripada 1000 ekor.[3] Populasi yang masih tinggal boleh didapati di kepulauan Palawan, Tawitawi, Mindanao dan Masbate. Jumlah terbanyak boleh didpati di Kawasan Faunal Palawan di mana Yayasan Katala membiayai Program Pemuliharaan Kakaktua Filipina sejak tahun 1998.[2] Terdapat sekitar 180 ekor telah dijumpai di kawasan pemuliharaan liar di kawasan perbandaran di Narra dan Kota Puerto Princesa, Palawan.[4] Usaha-usaha bagi pemuliharaan oleh Yayasan Katala telah diancam oleh satu rancangan untuk membina sebuah stesen janakuasa berkuasa arang batu di pantai Palawan. Pertubuhan Alam Sekitar seperti Yayasan Katala Fatau Penyelamatan Hutan Hutan sedang berusaha untuk membatalkan pembinaan ini.[5]
Satu pembiakan di dalam sangkar telah diusahakan oleh Birds International yang dimiliki oleh Antonio de Dios berdekatan Manila.[6]
Spesies ini terancam teruk. Populasinya telah merudum jatuh di sebabkan penangkapan haram bagi tujuan perdagangan. Harganya sangat tinggi iaitu sekitar AS$160 di Manila pada tahun 1997 bermakna anak burung diambil dari sarang yang boleh dicapai. Faktor-faktor lain termasuk kehilangan habitat pantai dan anggapan sebagai haiwan perosak.[2]
Kakaktua Filipina merupakan sejenis spesies yang suka makan dan terbang dalam kumpulan bising secara sosial. Walau bagaimanapun, kumpulan berpasangan akan hidup berasingan semasa musim membiak bermula pada bulan Mac sehingga Julai.
Kakaktua ini memakan biji, buah-buahan, bunga, kuntum dan nektar. Spesies ini bijak menyesuaikan diri dan mencari makanan bijirin seperti padi separuh masak dan jagung sehingga dianggap sebagai haiwan perosak.[3]
Kakaktua Filipina atau Kakaktua Dubur Merah (Cacatua haematuropygia) adalah satu spesies burung kakaktua terancam yang berasal dari Filipina. Saiz dan bentuknya menyamai Corella Tanimbar, tetapi boleh dibezakan oleh bulu berwarna merah di sekeliling duburnya.