dcsimg

Burung Puyuh Tanah ( Malaiji )

tarjonnut wikipedia MS


Burung Puyuh Tanah merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Turnix suscitator[1]. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu. [2]

Ciri-ciri

Burung Puyuh Tanah ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung Puyuh Tanah mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Puyuh Tanah terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

 src=
ssp. powelli

Berbeza dengan puyuh sebenar terutamanya burung betina polyandrous.[3] Burung betina lebih terang antara keduanya, memulakan memikat dan membina sarang di atas tanah. Ia berlawan dengan burung betina lain bagi mengawal burung jantan, mengeluarrkan bunyi menderam drr-r-r-r-r sebagai cabaran kepada lawannya dan bagi mengumumkan dirinya pada burung jantan. Telur yang dihasilkan diram oleh burung jantan yang turut menjaga anaknya, yang mampu berlari sebaik sahaja menetas.

Burung betina seterusnya mendapatkan pasangan baru, dan kemungkinannya yang lain, dan seterusnya, kelihatannya hanya satu pada sesuatu masa.

  • Musim: biasanya sepanjang tahun, berbeza mengikut kawasan.
  • Sarang - lompang yang dilapis rumput dalam hutan tebal atau tanaman, sering tersembunyi oleh rumput sekeliling. Telur - 3 atau 4, kelabu putih banyak tompokan perang kemerahan atau ungu gelap.

Rujukan

Pautan luar


Senarai burung Burung merpati A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
lisenssi
cc-by-sa-3.0
tekijänoikeus
Pengarang dan editor Wikipedia
alkuperäinen
käy lähteessä
kumppanisivusto
wikipedia MS

Burung Puyuh Tanah: Brief Summary ( Malaiji )

tarjonnut wikipedia MS


Burung Puyuh Tanah merupakan salah satu daripada haiwan terlindung di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Turnix suscitator. Ia merupakan salah satu daripada spesies yang digambarkan oleh William Farquhar yang terdapat di Tanah Melayu.

lisenssi
cc-by-sa-3.0
tekijänoikeus
Pengarang dan editor Wikipedia
alkuperäinen
käy lähteessä
kumppanisivusto
wikipedia MS