Graptemys pseudogeographica kohni juga dikenali sebagai Kura-kura Peta Mississippi ialah subspesies kura-kura dari keluarga Emydidae. G. p. kohni berasal dari tengah Amerika Syarikat. Haiwan ini mendiami Lembah Mississippi dari Illinois dan Nebraska, hingga ke kawasan teluk dari Mississippi ke Texas. Habitatnya merangkumi sungai, tasik dan sungai dan mereka cenderung memilih habitat yang dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan.
Nama kura-kura diambil daripada nama Sungai Mississippi.
Nama spesies, kohni, diambil sempena nama naturalis amatur, Joseph Gustave Kohn (1837-1906) dari New Orleans, Louisiana, pengumpul tip spesimen.[3][4]
Haiwan ini banyak ditemui di Sungai Mississippi dan sekitarnya, merangkumi Illinois dan selatan Missouri. Ada laporan menyatakan kewujudannya di Lyon Selatan, MI[5]
Kura-kura betina lebih besar berbanding jantan, di mana janan dewasa boleh mencecah 3.5 ke 5 inci panjang (kira-kira 9 ke 13 cm), manakala kura-kura betina boleh mencecah dari 6 ke 10 inci panjang (kira-kira 15 ke 25 cm). Kura-kura jantan lebih kecil dan leper berbanding betina nampak lebih besar dan tinggi.