Serigala Dataran Besar (Canis lupus nubilus), juga dikenali sebagai serigala kerbau, serigala gelap atau pelahu (Bahasa Inggeris: loafer), ialah satu subspesies serigala kelabu yang rantaunya pernah menganjur ke seluruh Dataran Besar dari Manitoba dan Saskatchewan selatan ke arah selatan ke Texas. Ia merupakan subspesies bersaiz sederhana berwarna berubah-ubah, dengan kebanyakan spesimen berwarna cerah, tetapi individu hitam juga hadir.[2] Jantan dewasa biasanya berberat 100 lb (45 kg), tetapi individu sangat besar yang berberat 150 lb (68 kg) telah dicatat.[3] Bersama dengan C. l. occidentalis, yang dengannya ia mengongsi sempadan panjang dan kompleks, serigala Dataran Besar ialah serigala kelabu Amerika Utara yang tersebar paling meluas, dengan sekurang-kurangnya 11 sinonim berlainan.[4]
Ia pertama kali diperihalkan pada 1823 oleh Thomas Say dalam hasil karangan beliau tentang ekspedisi Major Stephen Long ke Dataran Besar.[5] Sungguhpun setakat ini diakui oleh ahli taksonomi sebagai spesies tersendiri, C. l. nubilus ialah serigala kelabu Amerika Utara paling sukar untuk dinilai, kerana ia mempunyai sejarah panjang dalam hubungan dan saling pembiakbakaan dengan populasi serigala kelabu lain (C. l. baileyi dan C. l. occidentalis), serigala timur, serigala merah dan juga pengacukan dengan kacukan serigala timur/merah-koyote. Pengacukan dengan serigala timur telah lama disyaki boleh menyebabkan gen koyote dipindahkan kepada populasi C. l. nubilus di rantau Tasik-tasik Besar kerana tidak seperti serigala merah dan serigala timur, C. l. nubilus tidak diketahui mengacuk terus dengan koyote tulen. C. l. nubilus mungkin sekali menyeberangi Jambatan Darat Bering ke Amerika Utara selepas C. l. bailey yang lebih basal, mendorong subspesies C. l. bailey ke selatan apabila C. l. nubilus meluaskan wilayahnya. Menjelang zaman ais terakhir, C. l. nubilus disesarkan dengan beransur dari wilayah barat lautnya oleh C. l. occidentalis yang baru tiba, suatu proses yang telah berterusan sehingga kini.[4]
Teks-teks awal, termasuk yang oleh Lewis dan Clark, menyatakan bahawa C. l. nubilus adalah melimpah di seluruh Dataran Besar, melebihi koyote tempatan. Alexander Henry menyebut serigala beberapa kali dalam karangannya dalam perjalanannya ke Dakota Utara, memerhatikan cara ia memakan bangkai bison secara meluas, dan berani di sekitar manusia, kadang-kadang mendekati orang dan memasuki khemah. Beliau mencatat bahawa suku-suku peribumi kadang-kadang menggali keluar anak serigala dan menggali lubang perangkap besar untuk menangkap yang dewasa, sementara Maximilian dari Wied mencatat bahawa mereka akan menjual pelt serigala untuk bertukar dengan dua gulung tembakau setiap satu.[3] Sungguhpun masih kerap menjelang pertengahan 1800-an, gabungan pembinaan jalan kereta api, petempatan manusia, perkembangan ragutan haiwan ternakan dan penghapusan bison ikutan mendorong C. l. nubilus ke rantau lebih dalam di dalam wilayahnya, tempat rupa bumi menjadikan pertanian tidak boleh diamalkan.[6]
Serigala Dataran Besar (Canis lupus nubilus), juga dikenali sebagai serigala kerbau, serigala gelap atau pelahu (Bahasa Inggeris: loafer), ialah satu subspesies serigala kelabu yang rantaunya pernah menganjur ke seluruh Dataran Besar dari Manitoba dan Saskatchewan selatan ke arah selatan ke Texas. Ia merupakan subspesies bersaiz sederhana berwarna berubah-ubah, dengan kebanyakan spesimen berwarna cerah, tetapi individu hitam juga hadir. Jantan dewasa biasanya berberat 100 lb (45 kg), tetapi individu sangat besar yang berberat 150 lb (68 kg) telah dicatat. Bersama dengan C. l. occidentalis, yang dengannya ia mengongsi sempadan panjang dan kompleks, serigala Dataran Besar ialah serigala kelabu Amerika Utara yang tersebar paling meluas, dengan sekurang-kurangnya 11 sinonim berlainan.
Ia pertama kali diperihalkan pada 1823 oleh Thomas Say dalam hasil karangan beliau tentang ekspedisi Major Stephen Long ke Dataran Besar. Sungguhpun setakat ini diakui oleh ahli taksonomi sebagai spesies tersendiri, C. l. nubilus ialah serigala kelabu Amerika Utara paling sukar untuk dinilai, kerana ia mempunyai sejarah panjang dalam hubungan dan saling pembiakbakaan dengan populasi serigala kelabu lain (C. l. baileyi dan C. l. occidentalis), serigala timur, serigala merah dan juga pengacukan dengan kacukan serigala timur/merah-koyote. Pengacukan dengan serigala timur telah lama disyaki boleh menyebabkan gen koyote dipindahkan kepada populasi C. l. nubilus di rantau Tasik-tasik Besar kerana tidak seperti serigala merah dan serigala timur, C. l. nubilus tidak diketahui mengacuk terus dengan koyote tulen. C. l. nubilus mungkin sekali menyeberangi Jambatan Darat Bering ke Amerika Utara selepas C. l. bailey yang lebih basal, mendorong subspesies C. l. bailey ke selatan apabila C. l. nubilus meluaskan wilayahnya. Menjelang zaman ais terakhir, C. l. nubilus disesarkan dengan beransur dari wilayah barat lautnya oleh C. l. occidentalis yang baru tiba, suatu proses yang telah berterusan sehingga kini.
Teks-teks awal, termasuk yang oleh Lewis dan Clark, menyatakan bahawa C. l. nubilus adalah melimpah di seluruh Dataran Besar, melebihi koyote tempatan. Alexander Henry menyebut serigala beberapa kali dalam karangannya dalam perjalanannya ke Dakota Utara, memerhatikan cara ia memakan bangkai bison secara meluas, dan berani di sekitar manusia, kadang-kadang mendekati orang dan memasuki khemah. Beliau mencatat bahawa suku-suku peribumi kadang-kadang menggali keluar anak serigala dan menggali lubang perangkap besar untuk menangkap yang dewasa, sementara Maximilian dari Wied mencatat bahawa mereka akan menjual pelt serigala untuk bertukar dengan dua gulung tembakau setiap satu. Sungguhpun masih kerap menjelang pertengahan 1800-an, gabungan pembinaan jalan kereta api, petempatan manusia, perkembangan ragutan haiwan ternakan dan penghapusan bison ikutan mendorong C. l. nubilus ke rantau lebih dalam di dalam wilayahnya, tempat rupa bumi menjadikan pertanian tidak boleh diamalkan.