dcsimg

Serigala Pulau Baffin ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Serigala Pulau Baffin (Canis lupus manningi), juga dikenali sebagai serigala tundra Pulau Baffin,[2] ialah satu subspesies bagi serigala kelabu, Canis lupus, yang hanya mendiami Pulau Baffin dan beberapa buah pulau berdekatan.[3] Ia tidak diakui secara formal sebagai subspesies sehingga 1943, apabila ia diberi pengelasan taksonominya oleh Anderson.[4]

Perihal

Serigala Pulau Baffin diperihalkan berwarna cerah, kadang-kadang putih, dan kecil secara tidak biasa, berbanding dengan subspesies serigala lain. Ia dicadangkan merupakan yang terkecil daripada semua jenis serigala Artik.[4][5][6]

Sejarah

Catatan dan bukti awal mencadangkan bahawa serigala di Greenland barat berhijrah ke sana dari Pulau Baffin dan, lalu, merupakan keturunan subspesies serigala Baffin.[6]

Pada 1966, suatu kajian dijalankan terhadap serigala Pulau Baffin, yang melibatkan penaksiran permulaan dilakukan tahun sebelumnya pada 1965 di Teluk Wordie, oleh Universiti Toronto. Ini dibantu oleh pelajar dari universiti berkenaan juga.[7]

Rujukan

許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS

Serigala Pulau Baffin: Brief Summary ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Serigala Pulau Baffin (Canis lupus manningi), juga dikenali sebagai serigala tundra Pulau Baffin, ialah satu subspesies bagi serigala kelabu, Canis lupus, yang hanya mendiami Pulau Baffin dan beberapa buah pulau berdekatan. Ia tidak diakui secara formal sebagai subspesies sehingga 1943, apabila ia diberi pengelasan taksonominya oleh Anderson.

許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS