dcsimg

Serigala steppe ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Serigala steppe (Canis lupus campestris) ialah satu subspesies serigala kelabu yang asli di steppe Kaspia, rantau steppe Kaukasus, hilir rantau Volga, Kazakhstan selatan yang utara ke tengah Sungai Emba, Ural utara, dan rantau steppe hilir bahagian Eropah bekas Kesatuan Soviet. Ia mungkin juga hadir di Afghanistan dan Iran utara dan kadang-kadang rantau steppe Romania dan Hungary.[1]

Ia berdimensi purata, berberat 35–40 kg (77–88 lb), maka sedikit lebih kecil daripada serigala Eurasia dan bulunya lebih jarang, lebih kasar dan lebih pendek. Lambungnya berwarna kelabu cerah, dan belakangnya kelabu kekaratan atau keperang-perangan dengan campuran kuat bulu hitam. Rerambut pengawalnya pada kelasa biasanya tidak melebihi 70–75 mm (2.8–3.0 in). Bulu serigala steppe di Asia Tengah dan di Kazakhstan cenderung untuk mempunyai lebih ton kemerah-merahan. Ekornya kurang berbulu. Tengkoraknya berukuran panjang 224–272 mm (8.8–10.7 in) dan lebar 128–152 mm (5.0–6.0 in)e.[1]

Serigala steppe kadang-kadang berlebih-lebih membunuh anjing laut Kaspia.[3]

Rujukan

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Serigala steppe
  1. ^ a b c Mammals of the Soviet Union Jil.II Bahagian 1a, SIRENIA AND CARNIVORA (Sea cows; Wolves and Bears), V.G Heptner dan N.P Naumov editors, Science Publishers, Inc. Amerika Syarikat. 1998. ISBN 1-886106-81-9
  2. ^ a b c Wozencraft, W. C. (2005). "Order Carnivora". dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M. Mammal Species of the World (edisi 3rd). Johns Hopkins University Press. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  3. ^ Rumyantsev, V. D. dan L. S. Khuraskin. 1978. New data on the mortality of the Caspian seal due to wolves. Halaman 187 dalam Congress of the All-Union Theriological Society, ke-2 (P. A. Panteleev, et al. eds.). Nauka, Moscow, USSR. ZR 116(19):5669
許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS

Serigala steppe: Brief Summary ( 馬來語 )

由wikipedia MS提供

Serigala steppe (Canis lupus campestris) ialah satu subspesies serigala kelabu yang asli di steppe Kaspia, rantau steppe Kaukasus, hilir rantau Volga, Kazakhstan selatan yang utara ke tengah Sungai Emba, Ural utara, dan rantau steppe hilir bahagian Eropah bekas Kesatuan Soviet. Ia mungkin juga hadir di Afghanistan dan Iran utara dan kadang-kadang rantau steppe Romania dan Hungary.

Ia berdimensi purata, berberat 35–40 kg (77–88 lb), maka sedikit lebih kecil daripada serigala Eurasia dan bulunya lebih jarang, lebih kasar dan lebih pendek. Lambungnya berwarna kelabu cerah, dan belakangnya kelabu kekaratan atau keperang-perangan dengan campuran kuat bulu hitam. Rerambut pengawalnya pada kelasa biasanya tidak melebihi 70–75 mm (2.8–3.0 in). Bulu serigala steppe di Asia Tengah dan di Kazakhstan cenderung untuk mempunyai lebih ton kemerah-merahan. Ekornya kurang berbulu. Tengkoraknya berukuran panjang 224–272 mm (8.8–10.7 in) dan lebar 128–152 mm (5.0–6.0 in)e.

Serigala steppe kadang-kadang berlebih-lebih membunuh anjing laut Kaspia.

許可
cc-by-sa-3.0
版權
Pengarang dan editor Wikipedia
原始內容
參訪來源
合作夥伴網站
wikipedia MS