Anjing bertelinga pendek (Atelocynus microtis), juga dikenali sebagai rubah bertelinga pendek,[2] ialah satu spesies canid yang unik dan sukar ditangkap yang endemik di lembangan Sungai Amazon.[1][2] Ia merupakan satu-satu spesies yang diperuntukkan kepada genus Atelocynus.[1]
Nama yang digunakan dalam bahasa Melayu merupakan kata pinjam-terjemah daripada nama bahasa Inggeris iaitu short-eared dog dan short-eared fox.
Nama-nama yang digunakan dalam bahasa penduduk asal adalah seperti: cachorro-do-mato-de-orelha-curta dalam bahasa Portugis, zorro de oreja corta dalam bahasa Sepanyol, nomensarixi dalam bahasa Chiquitano, dan uálaca dalam bahasa Yucuna. Nama lain dalam bahasa Sepanyol merupakan zorro ojizarco, zorro sabanero, zorro negro.
Anjing bertelinga pendek kini dianggap sebagai hampir terancam oleh IUCN.[2] Tiada kajian ekologi dan genetik terperinci dijalankan terhadap spesies ini.
Dua subspesies diiktiraf:
Anjing bertelinga pendek (Atelocynus microtis), juga dikenali sebagai rubah bertelinga pendek, ialah satu spesies canid yang unik dan sukar ditangkap yang endemik di lembangan Sungai Amazon. Ia merupakan satu-satu spesies yang diperuntukkan kepada genus Atelocynus.