Chelodina, secara umum dikenali sebagai kura-kura leher ular. Genus kura-kura ini terdiri daripada pelbagai spesies dari keluarga Chelidae serta mempunyai sejarah penamaan taksa yang sangat rumit.[2] Walaupun sebelum ini, Macrochelodina dan Macrodiremys diasingkan sebagai genus lain, namun kini mereka disatukan di bawah subgenus Chelodina.[2]
Chelodina ialah sekumpulan kura-kura dari keluarga Chelidae yang berasal dari Australia, New Guinea, dan sebahagian Indonesia, iaitu Pulau Roti, dan Timor Timur. Kura-kura dari subgenus ini bersaiz kecil dan sederhana, memiliki karapas yang lonjong dan berleher sisi.
Macrochelodina merujuk kepada spesies kumpulan B Chelodina, atau berleher tebal. Subgenus ini dicadangkan pada tahun 1985 oleh Wells & Wellington (sebagai genus baru) namun tidak diiktiraf sehinggalah kini nama itu mula diterima dan dianggap sah. Mereka terdiri daripada kura-kura dari keluarga Chelidae dengan leher yang sangat panjang dan kepala rata. Menjadikan ikan sebagai diet, bersaiz sederhana dan besar seperti Chelodina (Macrochelodina) expansa yang mempunyai panjang sehingga 45cm.[3] Fosil pertama, Chelodina (Macrochelodina) alanrixi dijumpai berasal dari Queensland daripada zaman Eocene (Lapparent de Broin, F. de, & Molnar, R. E., 2001).[4]
Macrodiremys ialah genus monotip yang dikeluarkan daripada senarai Chelodina.[5] Satu-satunya ahli yang tinggal ialah Chelodina (Macrodiremys) colliei dari barat Australia.
Taksonomi terkini dicadangkan oleh Georges & Thomson, 2010[2] dengan kemaskini terbaharu oleh van Dijk et al. 2014.[6]
Subgenus: Chelodina (Fitzinger, 1826)
Subgenus: Macrochelodina (Wells & Wellington, 1985)[12]
Subgenus: Macrodiremys (McCord & Joseph-Uoni 2007)[5]
Chelodina, secara umum dikenali sebagai kura-kura leher ular. Genus kura-kura ini terdiri daripada pelbagai spesies dari keluarga Chelidae serta mempunyai sejarah penamaan taksa yang sangat rumit. Walaupun sebelum ini, Macrochelodina dan Macrodiremys diasingkan sebagai genus lain, namun kini mereka disatukan di bawah subgenus Chelodina.
Chelodina ialah sekumpulan kura-kura dari keluarga Chelidae yang berasal dari Australia, New Guinea, dan sebahagian Indonesia, iaitu Pulau Roti, dan Timor Timur. Kura-kura dari subgenus ini bersaiz kecil dan sederhana, memiliki karapas yang lonjong dan berleher sisi.
Macrochelodina merujuk kepada spesies kumpulan B Chelodina, atau berleher tebal. Subgenus ini dicadangkan pada tahun 1985 oleh Wells & Wellington (sebagai genus baru) namun tidak diiktiraf sehinggalah kini nama itu mula diterima dan dianggap sah. Mereka terdiri daripada kura-kura dari keluarga Chelidae dengan leher yang sangat panjang dan kepala rata. Menjadikan ikan sebagai diet, bersaiz sederhana dan besar seperti Chelodina (Macrochelodina) expansa yang mempunyai panjang sehingga 45cm. Fosil pertama, Chelodina (Macrochelodina) alanrixi dijumpai berasal dari Queensland daripada zaman Eocene (Lapparent de Broin, F. de, & Molnar, R. E., 2001).
Macrodiremys ialah genus monotip yang dikeluarkan daripada senarai Chelodina. Satu-satunya ahli yang tinggal ialah Chelodina (Macrodiremys) colliei dari barat Australia.