dcsimg

Emydidae ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı

Emydidae, ialah keluarga kura-kura.[3] Mereka biasanya dipanggil sebagai pond turtles atau marsh turtles[1] dalam bahasa tempatan. Beberapa spesies daripada Kura-kura Katup Asia pernah dikelaskan dalam keluarga ini sebelum ini. Bagaimanapun, setelah dikaji, taksonominya berbeza dan kini telah dikelaskan dalam satu keluarga yang lain. Kini, Emydidae, kebanyakannya terdiri daripada keluarga kura-kura dari Hemisfera Barat. Keluarga Emydidae mempunyai hampir 50 spesies dalam 10 genus.[4]

Ciri-ciri

 src=
Kura-kura rawa mempunyai kepala kecil

Kebanyakan bahagian tempurung (Karapas) kura-kura ini rendah, mempunyai dua jungkir (keel), atau tiada. Mereka mempunyai plastron yang lebih besar, dan sesetengah spesies mempunyai engsel (hinge) yang boleh digerakkan untuk mengatup sepenuhnya kepala dan kaki kedalam cangkerangnya. Tengkoraknya juga lebih kecil.[1] Kaki mereka digunakan untuk berenang, kerana mempunyai selaput renang.[1]

Diet

Kebanyakannya bersifat maun. Dietnya terdiri daripada annelida, krustasea dan ikan. Mamalia kecil seperti rakun dan Kura-kura Sentap sering memburu dan merosakkan sarang mereka. Kura-kura yang kecil seperti Glyptemys muhlenbergii (Kura-kura Rawa) sering diburu spesies pemangsa yang lebih besar seperti buaya.

Pengelasan

Terdapat dua subkeluarga seperti berikut:[4]

Rujukan

Bibliografi

Pautan luar

Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Emydidae Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Emydidae
lisans
cc-by-sa-3.0
telif hakkı
Pengarang dan editor Wikipedia
orijinal
kaynağı ziyaret et
ortak site
wikipedia MS

Emydidae: Brief Summary ( Malayca )

wikipedia MS tarafından sağlandı

Emydidae, ialah keluarga kura-kura. Mereka biasanya dipanggil sebagai pond turtles atau marsh turtles dalam bahasa tempatan. Beberapa spesies daripada Kura-kura Katup Asia pernah dikelaskan dalam keluarga ini sebelum ini. Bagaimanapun, setelah dikaji, taksonominya berbeza dan kini telah dikelaskan dalam satu keluarga yang lain. Kini, Emydidae, kebanyakannya terdiri daripada keluarga kura-kura dari Hemisfera Barat. Keluarga Emydidae mempunyai hampir 50 spesies dalam 10 genus.

lisans
cc-by-sa-3.0
telif hakkı
Pengarang dan editor Wikipedia
orijinal
kaynağı ziyaret et
ortak site
wikipedia MS