dcsimg

Tikus ( Malay )

provided by wikipedia MS
Untuk kegunaan lain, sila lihat Tikus (nyahkekaburan).

Tikus (Muridae) merupakan keluarga rodensia dan mamalia terbesar dengan lebih 700 spesies yang ditemui semula jadi di seluruh Eurasia, Afrika dan Australia.

Nama Muridae berasal dari bahasa Latin mus (genitif muris) yang bermaksud "tikus".

Taburan dan habitat

Tikus terdapat di merata dunia, tetapi banyak subkeluarga lebih terhad taburannya. Tikus tidak terdapat di Antartika atau mana-mana pulau tengah lautan. Biarpun tidak satu pun yang asli di benua Amerika, tetapi beberapa spesies seperti tikus rumah dan tikus hitam telah diperkenalkan ke seluruh dunia. Tikus mendiami pelbagai ekosistem baik tropika mahupun tundra. Kebanyakannya hidup atas darat, tapi ada juga yang hidup di bawah tanah, atas pokok dan tepi air.[1]

Ciri-ciri

Tikus adalah mamalia kecil yang panjangnya sekitar 10 cm (3.9 in) tidak termasuk ekor, dari sekecil 4.5 hingga 8 cm (1.8 hingga 3.1 in) pada mencit kerdil Afrika hingga sebesar 48 cm (19 in) bagi tikus dahan gergasi Luzon selatan. Badan tikus rata-rata langsing dengan ekor bersisik yang lebih panjang daripada tubuh, serta mancung runcing dengan misai yang ketara, tetapi itu pun berbagai-bagai. Sesetengah tikus mempunyai kaki panjang tirus untuk berjalan meloncat-loncat sedangkan yang lain mempunyai kaki lebar dan ekor boleh mencengkam untuk mudah memanjat, dan ada juga yang tiada kedua-dua adaptasi tersebut. Tikus rata-rata berbulu perang, tetapi ada juga yang bertompok kelabu, hitam atau putih.[2]

Tikus pada umumnya tajam pendengaran dan penghiduan. Ia hidup di pelbagai jenis habitat baik hutan, padang rumput mahupun pergunungan. Sesetengah spesies seperti jerbil tersesuai dengan keadaan gurun dan dapat hidup lama-lama tanpa banyak air. Tikus makan pelbagai benda mengikut spesiesnya dengan bantuan otot rahang yang kuat serta gigi kacip mengunggis yang tumbuh sepanjang hidup. Formula pergigian tikus ialah 1.0.0.1 − 3 1.0.0.1 − 3 {displaystyle { frac {1.0.0.1-3}{1.0.0.1-3}}} {displaystyle {	frac {1.0.0.1-3}{1.0.0.1-3}}}.

Tikus banyak kali membiak, setahun beberapa kali melahirkan banyak anak. Kelahiran dalam 20 hingga 40 hari selepas mengawan, tetapi berbeza-beza mengikut spesies. Anak tikus lazimnya lahir buta, tidak berbulu dan tidak berdaya, tetapi ada yang terkecuali seperti tikus berduri.[2]

Rujukan

  1. ^ "ADW: Subfamilies of Muridae". animaldiversity.org. Dicapai 2015-11-08.
  2. ^ a b Berry, R. J.; Årgren, G. (1984), Macdonald, D., penyunting, The Encyclopedia of Mammals, New York: Facts on File, m/s. 658–663 & 674–677, ISBN 0-87196-871-1
license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS

Tikus: Brief Summary ( Malay )

provided by wikipedia MS
Untuk kegunaan lain, sila lihat Tikus (nyahkekaburan).

Tikus (Muridae) merupakan keluarga rodensia dan mamalia terbesar dengan lebih 700 spesies yang ditemui semula jadi di seluruh Eurasia, Afrika dan Australia.

Nama Muridae berasal dari bahasa Latin mus (genitif muris) yang bermaksud "tikus".

license
cc-by-sa-3.0
copyright
Pengarang dan editor Wikipedia
original
visit source
partner site
wikipedia MS