dcsimg

Dolfin Berparuh Putih ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS

Dolfin Berparuh Putih (Lagenorhynchus albirostris) merupakan mamalia lautan dalam keluarga Delphinidae (dolfin) dalam suborder Odontoceti (paus bergigi).

Taxonomi

Spesies ini pertama kali digambarkan oleh pakar taksonomi British John Edward Gray pada tahun 1846. Disebabkan ia banyak terdapat di laut Eropah, ia merupakan antara genus Lagenorhynchus (lagenos, Latin bagi "botol" atau "kelalang"; rhynchos, "paruh" atau "muncung") yang diketahui oleh sains. Nama saintifiknya , albirostris, diterjemah sebagai "paruh putih", rujukan kepada warna paruh spesies ini, diagnostik sifat (walaupun pembolehubah) yang berguna bagi mengenal pasti.[1]

Penerangan

Dolfin Berparuh Putih adalah spesis dolfin yang lasak dengan paruh yang pendek. Dolfin dewasa boleh mencapai panjang sehingga 2.3 meter (7 kaki 7 inci) 3.1 meter (10 kaki) dan berat 180 hingga 354 kg (400-780 paun). Anak memiliki panjang sekitar 1.1 meter (3 kaki 7 inci) hingga 1.2 meter (3 kaki 11 inci) ketika dilahirkan dan berat kira-kira 40 kg (88 paun). [2] Dolfin ini memiliki ciri paruh pendek tebal putih berkrim dan sirip dorsal berbentuk sabit (melengkung).

Pembahagian

Dolfin Berparuh Putih adalah endemik di Lautan Atlantik Utara dan ditemui dalam jalur merentasi lautan dari Tanjung Cod, muara Sungai St. Lawrence dan selatan Greenland di barat, sekitar Iceland di tengah dan merentas ke barat di utara Perancis ke Svalbard; bagaimanapun, ia tidak begitu menyesuaikan diri dengan keadaan Artik seperti mana beluga atau narwhal. Dolfin ini mudah boleh disalah kenali sebagai Dolfin Putih Sebelah Pasifik, sungguhpun Dolfin Putih Sebelah Pasifik hanya biasa terdapat di sebelah utara. Dolfin Putih Sebelah Pasifik juga biasanya lebih besar, dan tidak memiliki jalur-jalur kuning di sebelah.

Tingkah laku

Bilangan, pola pembiakan, dan jangka hayat ikan lumba-lumba ini semuanya tidak diketahui, walaupun kebanyakan sumber menganggarkan beberapa ratus ribu individu, dengan populasi lebih padat di timur Atlantik Utara berbanding di sebelah barat.

Dolfin Berparuh Putih merupakan haiwan akrobatik dan sosial . Mereka sering menunggang gelombang hadapan bot berkelajuan tinggi dan melompat jauh dari permukaan laut. Dolfin Berparuh Putih adalah pemakan berkelompok dan sering dilihat mencari makan bersama-sama dengan Paus Pembunuh, Paus Fin, dan Paus Kelasa, serta lain-lain spesies ikan lumba-lumba.

Gambar

Pemuliharaan

Populasi Dolfin Berparuh Putih Laut Utara dan Laut Baltik disenaraikan di Lampiran II "Appendix II", kerana mereka mempunyai status pemuliharaan yang tidak menguntungkan atau mampu mendapat manfaat ketara daripada kerjasama antarabangsa yang dianjurkan oleh perjanjian yang disesuaikan khusus.

Di samping itu, Dolfin Berparuh Putih dilindungi di bawah Perjanjian Pemuliharaan Cetaceans Kecil Baltik, Timur Laut Atlantik, Irish dan Laut Utara (ASCOBANS).

Rujukan

  1. ^ Reeves, Randall, Brent Stewart, Phillip Clapham and James Powell (2002). National Audubon Society Guide to Marine Mammals of the World. Knopf. m/s. 395–397. ISBN ISBN 0-375-41141-0 Check |isbn= value: invalid character (bantuan).Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  2. ^ Shirihai, H. and Jarrett, B. (2006). Whales, Dolphins and Other Marine Mammals of the World. Princeton Field Guides. m/s. 199–200. ISBN 0-61-12757-2 Check |isbn= value: length (bantuan).Selenggaraan CS1: Pelbagai nama: senarai pengarang (link)

Sumber

  • Hammond, P.S., Bearzi, G., Bjørge, A., Forney, K., Karczmarski, L., Kasuya, T., Perrin, W.F., Scott, M.D., Wang, J.Y., Wells, R.S. & Wilson, B. (2008). Lagenorhynchus albirostris. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2008. IUCN 2008. Dicapai pada 24 March 2009. Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Whales Dolphins and Porpoises, Mark Carwardine, Dorling Kindersley Handbooks, ISBN 0-7513-2781-6
  • National Audubon Society Guide to Marine Mammals of the World, Reeves, Stewart, Clapham and Powell, ISBN 0-375-41141-0

Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Dolfin Berparuh Putih

Templat:Cetacea

ترخيص
cc-by-sa-3.0
حقوق النشر
Pengarang dan editor Wikipedia
النص الأصلي
زيارة المصدر
موقع الشريك
wikipedia MS

Dolfin Berparuh Putih: Brief Summary ( الملايو )

المقدمة من wikipedia MS

Dolfin Berparuh Putih (Lagenorhynchus albirostris) merupakan mamalia lautan dalam keluarga Delphinidae (dolfin) dalam suborder Odontoceti (paus bergigi).

ترخيص
cc-by-sa-3.0
حقوق النشر
Pengarang dan editor Wikipedia
النص الأصلي
زيارة المصدر
موقع الشريك
wikipedia MS